LATAR BELAKANG KOLEJ

Kolej kemahiran Yakin Kerjaya Penang (YKP), merupakan satu-satunya kolej kemahiran YKP yang terdapat di daerah Georgetown, Pulau Pinang. Dahulunya ia dikendali sebagai Pusat Latihan Yakin Kerjaya beralamat No. 458 & 459, Tingkat 2, Bandar Perda Jalan Permatang Rawa, Bukit Mertajam. Perubahan serta penambahan kepada nama tersebut berlaku setelah hak milik syarikat diuruskan oleh En. Mohamad Kamil Bin Abdullah selaku pengurus pusat bertauliah dan dinaik taraf sebagai Kolej Yakin Kerjaya Penang pada awal tahun 2018.

Kolej ini mempunyai beberapa kelas, beberapa makmal komputer, beberapa bilik kuliah, pejabat pentadbiran, dewan serbaguna serta bilik mesyuarat untuk menjalankan aktiviti pembelajaran kursusnya buat para pelajar pengurusan pejabat.

Kolej ini dibangunkan semula pada tahun ini (2018) dan mempunyai 2 (dua) kursus yang berbeza iaitu Pengurusan  dan Pehotelan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan